MENJUAL SUPLEMENT SHAKLEE

MENJUAL SUPLEMENT SHAKLEE

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di whatapp/wechat rianakatt91 atau 012-356 6045 terima kasih :)

Search This Blog

Popular Posts

SUNDRIED

Thursday 21 August 2014

KANSER PUNDI HEMPEDU

Kanser pundi hempedu merupakan kira-kira lebih 2% daripada semua insiden dan kadar kanser yang pada umumnya semakin merosot. Kadar tertinggi terjadi di Asia Timur dan Eropah Timur. Kanser ini biasanya membunuh dan merupakan penyebab kematian kanser yang ke 17 paling umum.

Penyebab : Kegemukan tubuh mungkin menyebabkan kanser pundi hempedu dan mereka yang mempunyai batu karang lebih cenderung mendapat kanser pundi hempedu.

rawatan untuk masalah batu hempedu ini boleh dilakukan secara:
  • Konservatif iaitu dengan memakan ubat
  • Makan ubat disusuli dengan pembedahan
terdapat faktor-faktor yang boleh menyumbangkannya seperti:
  • Pemakanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi
  • Jangkitan kuman pada sistem saluran hempedu
  • Penyakit-penyakit darah (hemolitik) seperti:
a. Darah yang mudah pecah

b. Sickles sel anemia

c. G6PD

d. Penyakit-penyakit bersangkutan sistem pertahanan tubuh (auto-immune disease)
  • Penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan kadar kalsium yang tinggi dalam darah – hipertiroid
  • Kegemukan
  • Penyakit hati – sirosis hati
  •  Pundi hempedu yang tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak dapat mengeluarkan cairan hempedu sepenuhnya dianggap sebagai penyebab.
  • Ubat-ubatan untuk menguruskan badan boleh mengganggu keseimbangan cairan hempedu yang menyebabkan berlakunya pemendakan batu hempedu.

Kehadiran batu hempedu ini amat sukar dikesan kerana ia tidak menimbulkan gejala yang jelas.

Hasil bedah siasat yang dijalankan menunjukkan hampir 50 peratus mayat mempunyai batu hempedu.

Daripada jumlah ini, hanya 10 peratus saja yang mengalami gejala-gejala yang disebabkan oleh batu hempedu.
  • Sakit perut pada bahagian sebelah kanan atas yang tidak menentu seolah-olah seperti gastrik
  • Sakit perut yang memulas hingga melarat ke tulang belikat
  • Ada kalanya muntah-muntah apabila sakit menyerang pesakit
  • Kekuningan mata (jaundis)

Jenis-jenis batu
  • Pigmen (batu berwarna hitam atau coklat)
  • Kolesterol seperti mutiara yang banyak ditemui pada pesakit-pesakit di negara Barat.
  •  Kalsium bilirubinat
  • Batu campuran

Bagi masyarakat Asia, kebanyakan batu yang ditemui ialah kesemua jenis batu di atas kecuali batu kecil yang berwarna putih (kolesterol).

Kajian terhadap batu hempedu di kalangan pesakit di negara ini mendapati batu hempedu tersebut mengandungi banyak garam kalsium yang tinggi.

Pencegahan

Melihat kepada punca sebenar penyakit ini belum dapat dikenal pasti, maka usaha mencegahnya agak sukar.

Namun, individu terbabit seharusnya mengamalkan beberapa langkah seperti:
  • Diet yang seimbang
  • Melakukan senaman dapat menurunkan kadar mendapat batu hempedu
  • Menurunkan berat badan secara perlahan-lahan
Komplikasi
  • Radang pundi hempedu
  • Jaundis
  • Radang saluran hempedu

Dianggarkan, 10 peratus pesakit yang datang mengalami komplikasi radang pada pundi hempedu (acute cholecystitis).

Jika keadaan lebih teruk, pundi hempedu boleh bernanah dan boleh pecah.

Batu yang ditolak dan tersangkut ke dalam saluran hempedu boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit kuning (jaundis).

Sekiranya ia masuk pada hujung saluran pankreas, ia boleh menyebabkan radang pankreas (acute pankreatitis).

Batu yang tersangkut pada saluran hempedu boleh mengakibatkan hati bernanah.

Radang pundi hempedu boleh menjadi kronik.

Dalam jangka masa yang lama, ia boleh mengakibatkan kanser pada pundi hempedu.

No comments:

Post a Comment