MENJUAL SUPLEMENT SHAKLEE

MENJUAL SUPLEMENT SHAKLEE

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di whatapp/wechat rianakatt91 atau 012-356 6045 terima kasih :)

Search This Blog

Popular Posts

SUNDRIED

Sunday 16 February 2014

5 MINIT SIHAT DAN CANTIK



Semua ini bukan tipu. Anda boleh kelihatan cantik malah sihat sama sekali. Tidak memerlukan masa yang lama, lebih kurang hanya lima minit sahaja. Anda akan tampil hebat dan bergaya, malah lebih yakin. Jadi, nak tahu bagaimana caranya untuk tampil sihat dan cantik dengan pantas? Ikuti tip dibawah ini.





(MULAKAN DARI WAKTU MALAM)

Bilik Mandi:

  • Bersihkan wajah menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda. Buat urutan membulat dan ke atas dalam kiraan 60 saat setiap kali  mencuci pipi, hidung, dagu, dahi, sekeliling mata dan sekeliling mulut agar wajah sentiasa tegang dan angal.
  • Bukan sukar untuk membersihkan alat sulit agar setiasa bersih dan terhindar daripada sebarang bakteria. Gunakan sabun pembersih intim yang kandungan pH seimbang.
Meja Solek:
  • Gunakan masker sama ada masker jenis topeng ataupun jenis krim. Ini bagi kesegaran dan mineral baru pada wajah.
  • Lima minit sahaja untuk membaca selawat dan doa penyeri wajah lalu diusap ke seluruh wajah sebelum tidur. Disertakan juga doa tidur dan tiga Qul sebagai pelindungan daripada gangguan syaitan.
  • Lima minit sahaja untuk anda sapukan secalit krim malam dan mengurut wajah bagi memperbaiki kembali keseimbangan dan struktur kulit wajah anda.
(WAKTU PAGI)

Bilik Mandi:
  • Gunakan masa selama lima minit untuk melengkapkan keperluan pada bahagian wajah iaitu mencuci wajah dan menggosok gigi.
  • Bukan sahaja syampu, pelembab rambut juga sama pentingnya. Ia bukan sahaja menjadikan rambut anda lembut, malah bersinar dan lebih kuat.
  • Luangkan masa selama lima minit menggunakan Pumice stone. Batu yang berfungsi untuk mengasah tumit dan tapak kaki anda. Ia akan menjadikan tapak kaki anda lebih lembut dan cantik malah menanggalkan sel-sel kulit mati.

Meja Solek:
  • Mulakan dengan menyapu losen atau minyak bayi pada badan anda. Ini kerana, selepas waktu mandi adalah waktu sesuai kerana kulit dalam keadaan rehat dan boleh menyerap dengan baik.
  • Semburkan syampu kering pada rambut bagi memberi kesegaran dan bau wangi sepanjang hari. Tidak sampai lima minit pun!
  • Gunakan sikat bergigi jarang untuk menyisir rambut anda. Tetapi perlu ingat, jangan menyisir rambut anda ketika masih basah. Sisir apabila rambut sudah agak kering. Gunakan lima minit sahaja untuk menyisir rambut dan memakai deodoran. Ini dapat mengelak bawah lengan anda mengeluarkan bau kurang enak ketika ia basuh ketika berpeluh.
  • Potong atau cantikkan kuku anda. Hanya lima minit masa diperlukan. Pastikan kuku anda sentiasa pendek dan bersih. Ini melambangkan keperibadian seseorang.
  • Sapukan secara nipis penyegar, serum, pelembab dan krim wajah. Jika tiada set lengkap, cukup dengan penyegar dan pelembab wajah sahaja. Bergantung kepada kesesuaian anda.
  • Sapukan bedak kompak dan rias wajah anda seminimum yang boleh kerana bersolek hanya untuk memperlihatkan wajah agar lebih segar. Tidak perlu solekan yang tebal kerana ia akan mengambil masa yang agak lama.
  • Bentukkan kening agar wajah kelihatan lebih segar. Gunakan pensel kening daripada warna kelabu ataupun coklat. Jangan sesekali menggunakan warna hitam, ini akan membuatkan  wajah anda lebih keras dan tua.
  • Kurang daripada lima minit sahaja untuk menyapu pipi anda dengan pemerah pipi. Kemudian, sapukan pelembab bibir bagi lapisan awal dan gincu bibir daripada rona warna yang lembut.


No comments:

Post a Comment