MENJUAL SUPLEMENT SHAKLEE

MENJUAL SUPLEMENT SHAKLEE

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di whatapp/wechat rianakatt91 atau 012-356 6045 terima kasih :)

Search This Blog

Popular Posts

SUNDRIED

Monday 24 February 2014

KENALI SAHABAT YANG CEMBURU

Apakah reaksi sahabat anda apabila bekongsi kejayaan anda dengannya ? Mungkin si sahabat merasakan anda seolah-olah ingin membangga diri walaupun pada hakikatnya anda tidak bemaksud sedemikian.

   Bukan senang untk menjalinkan kemesaan sesama teman sekerja atau atau sekolej kerana masing-masing berusaha untuk mendapatkan kedudukan dan perhatian yang lebih tinggi antara satu sama lain. Walau bagaimana pun, sering juga terjadi di mana sahabat menyimpan perasaan benci dan dendam apabila melihat kejayaan orang lain. Ayuh....kenal pasti sahabat menyimpan perasaan cemburu.

1 ) PANDANG SERONG
- Menganggap bahawa kejayaan yang anda miliki itu adalah hasil dari sikap anda yang suka mengampu pihak atasan. Biarpun pada hakikatnya anda berkerja keras untuk mencapai kejayaan seperti anda miliki hari ini.

2 ) BERMUKA-MUKA
- Sahabat anda memuji kejayaan anda itu, namun dalam pujiannya itu terselit juga kata-kata sinis yang agak kurang menyenangkan. Lebih menyedihkan lagi apabila ada teman-teman di sekeliling anda yang menyampaikan bahawa sahabat anda bermuka-muka.

3 ) MENYEBAR KHABAR ANGIN
- Dalam waktu yang sama, si sahabat juga turut mengantur strategi kotor dengan mengheboh-hebohkan khabar angin, kononnya sesiapa sahaja yang berbaik-baik dengan anda mempunyai kepentingan tertentu.

4 ) GUNA TAKTIK MENGHASUT 
- Sahabat cuba menghasut teman-teman anda agar membataskan pergaulan dengan anda. Menurut sahabat, anda perlu memilih kawan atau tidak berkawan denagn sembarangan orang, sedangkan anda tidak perlu berfikiran sedemikian. Situasi ini akan melahirkan ketidakpuasan hati antara anda dengan teman-teman.

5 ) SENTIASA MENGKRITIK 
- Di mata sahabat apa sahaja yang anda lakukan,seolah-olah tidak betul. Anda sahaja kritikan yang dilemparkan  kepada anda. Ada kalanya kritikan yang diberikan itu memang tidak releven.

6 ) TERLALU SENSITIF
- Apa saja teguran yang diberikan demi kebaikan si sahabat dianggapnya sebagai racun dalam pesahabatan. Sahabat beranggapan anda sengaja ingin menyakiti hatinya, biarpun pada hakikatnya anda ingin membantu sahabat memperbaiki prestasi kerja atau pelajaran.

7 ) KERAP BERTENGKAR
- Anda mulai sedar sejak kebelakangan ini sahabat cuba menaikan api kemarahan anda. Boleh di katakan setiap hari, ada sahaja perselisihan faham yang berlaku sekaligus menghangatkan hubungan persahabat. Sikap sahabat yang tidak mahu mengalah dan keras kepala bakal memburukan hubungan persahabatan.

8 ) MENJAUHKAN DIRI
- Sejak berlakunya insiden perselisihsan faham antara anda dengannya, si sahabat seolah-olah cuba menjauhkan diri anda. Malah, dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan anda. Setiap kali anda menganjak berbincang, dia yang bertindak membantukan diri dan tiada inisatif untuk memperbaiki hubungan persahabatan anda itu.


No comments:

Post a Comment