MENJUAL SUPLEMENT SHAKLEE

MENJUAL SUPLEMENT SHAKLEE

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di whatapp/wechat rianakatt91 atau 012-356 6045 terima kasih :)

Search This Blog

Popular Posts

SUNDRIED

Thursday 13 February 2014

DOA IBU BAPA, ORANG DIZALIMI MUSTAJAB



Jika ibu bapa ingin anaknya menjadi soleh dan baik, maka doakanlah mereka menjadi soleh dan baik kerana doa ibu bapa adalah doa yang mudah dimakbulkan Allah SWT. Namun, perlu diingat, doa dimakbulkan termasuk doa baik dan buruk daripada ibu bapa kepada anaknya.

Jika ibu bapa mendoakan yang buruk kepada anaknya, maka itu termakbul. Oleh itu, ibu bapa mesti berhati-hati dalam mendoakan anak mereka.

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: "Tiga doa yang mustajab yang tidak diragui lagi iaitu doa orang tua, doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi."  (Riwayat Abu Daud)





TIGA DOA MUSTAJAB:

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: " Tiga doa yang mustajab yang tidak diragui lagi iaitu orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa baik orang tua pada anaknya." (Riwayat Ibn Majah)

Doa yang baik oleh ibu bapa kepada anaknya termasuk doa yang mustajab. Doa keburukan daripada ibu bapa kepada anaknya juga mustajab, maka sungguh bahaya jika keluar dari lisan ibu bapa doa yang buruk.

Hendaklah ibu bapa mendoakan anaknya dalam kebaikan supaya anaknya menjadi soleh  serta berada pada jalan yang lurus. Ketika marah ketika kenakalan anaknya hendaklah ditahan amarah itu. Ingatlah saat marah jika keluar doa buruk, takut doa itu benar-benar belaku.

Oleh itu, ibu bapa hendaklah mencontohi nabi dan rasul serta orang soleh yang mendoakan kebaikan anak keturunannya. Doa Nabi Ibrahim "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku." (Surah Ibrahim Ayat 40)






No comments:

Post a Comment